Saturday, May 21, 2011

CONTEST ENTRI PALING KENCANG

salam..

jom join contest ni! contest entri paling kencang! yeah! hehe


tajuk entry yang saya nak pertaruhkan dalam contest ini adalah :

HINA SANGATKAH PAK GUARD DI MATA PELAJAR???

ok kita mulakan sekarang.. baca dan pahamkan. tak tau la entri ni kategori apa, lebih kepada luahan perasaan dan nasihat kepada pelajar. hehe.

good morning everybody!!! dah bangun ke belum ni? baik ngaku. haha aku dah lama dah. pagi2 makan karipap. panas lagi mak baru goreng. nyum2. keh3. hari ini aku dapat idea nak tulis pasal guard. aku nak cerita pasal guard kat u la kan. kenapa mereka selalu dihina? hina sangatkah mereka? baca post ni sampai abis okay~ hehee

dari dulu2 aku memang sakit hati kalau baca apa2 yang tertulis kat lama sosial, tak kira la apa saja, atau pun yang aku lihat sendiri, yang aku dengar sendiri, yang mulut2 orang berkata pa
sal pak guard atau mak guard ni. terutamanya pak guard kat kolej atau universiti.

tak habis2 orang maki diorang, orang hina diorang. dalam facebook selalu sangat aku baca status pasal guard. guard tu itu la ini la. habis semuanya carutan keluar. habis hilang keayuan dalam diri. habis hilang sopan santun dan budi bahasa yang mak ayah ajar dari kecik-kecik. habis hilang sifat malu dalam diri. gara2 guard atau nama saintifiknya pengawal keselamatan.

tugas pak guard apa? tentu la jaga keselamatan! jaga keselamatan tempat. contoh u. contoh msi aku la kan. ramai guard yang ada. tak kira perempuan. lelaki, ada yang muda, ada yang dah tua. boleh kata setiap masa aku nampak diorang. jalan ke sana sini, jaga keselamatan pelajar.

aku pernah rapat dengan seorang mak guard ni. dia ada anak belajar kat poli. dia baik sangat2.
betol. dia selalu senyum kat aku, selalu tegur aku. kadang2 aku rasa malu. sebab sepatutnya aku yang muda ni tegur mereka. kadang2 mereka yang tegur kita yang baru balik dari kelas. m
alu malu. sejak tu aku selalu senyum2 kat mereka. mak guard tu memang baik. masa rumate aku tak de, aku selalu teman mak guard jaga asrama. ground floor. sembang2. dan kenangan yang tak boleh aku lupa, masa tu aku baru balik jalan2, dah malam. rumate semua tak de. aku nak mandi tapi takot. dia yang temankan. tunggu aku depan toilet..waaaaaaaaaaaaaa. maluuuuuuuuuu.

kenapa pelajar selalu menghina guard terutama di tempat belajar???

1) saman. kena saman. nah, melayang rm10, rm20 atau rm50. melayang2.

2) guard tak bagi keluar makan kat keluar tengah2 malam.

3) tak bagi orang luar masuk ke asrama.

4) tahan pelajar yang tak kasi id kad.

5) dan lain-lain. kaji selidik tak habis lagi.

aku buat research pasal hinaan2 ni dan ternyata keputusannya memberangsangkan!! ternyata sangat ramai pelajar yang menghina pak guard dan 99.9% adalah melayu! bayangkan. kaum kita pulak tu. kebanyakan yang datang blog aku ni mestilah melayu. kaum sama macam aku da
n semestinya seagama dengan kita..

nak tengok? check gambar2 kat bawah. aku dah cantum2kan.

ni aku nak cakap, ni semua komen dari budak2 u atau kolej., bukan budak2 sekolah ye. dan bermakna umur mereka 18 tahun ke atas.

komen aku berdasarkan gambar:

1) kenapa perlu benci pak guard? sapa suruh simpan rambut panjang2? kau sedar tak kau tu tengah belajar? bukannya pemuzik atau rockers? salah siapa? pak guard atau dia?

2) yang ni sampai nak tumbuk pak guard, aku tak rasa kecik2 dulu ayah dia ajar tumbuk2 orang. kalau orang tumbuk bapak kau, kau marah tak? ke kau tolong tumbuk sekali?

3) dah kau tau tak boleh balik lambat, sapa suruh outing sampai balik tengah malam? lepas tu salah pak guard? heh.

4) dah undang2 kena pakai kad matrik, pakai aje la. bukan susah pun. dah langgar peraturan. salahkan pak guard pulak. orang lain tak kena tak apa la, nanti diorang kena jugak.

5) hina la sangat pak guard pakai basikal kan? ingat la, kereta kau tak boleh bawak sampai mati. tak boleh bawak masuk kubur okay.

6) rokok? setiap u aku rasa dah terpampang besar2 tulis kawasan larangan merokok. paham2 je la kan. tak paham bahasa memang la jadi macam tu. lepas tu salahkan pak guard.

7) gaji pak guard rm800, sekurangnya gaji yang halal. berlagak la kau rm800 tu kau guna beli handphone je. kalau la allah tarik nikmat tu sekelip mata...


gambar kedua:

komen aku:

1) rajin pulak kau pegi belek taik mata dia. tak de keje dah ke?

2) gila duit? kalau gaji pak guard rm10k, memang gila duit. aih. memang tak de budi bahasa.

3) setiap u buat macam tu. sebab tak nak orang luar masuk sesuka hati. kena faham la kan. kalau salah satu kereta tu penjenayah? ada jugak woo pelajar bawak masuk penjenayah yang dia kata abang la adik la apa la, last2 ada kes. lepas tu, pak guard disalahkan sebab tak ambil berat. grr

4) jap, kalau pakai tudung nampak tengkuk ke?



gambar ketiga:

komen aku:

1) sedap2 kau nak lastik orang. dah cukup handal la kan. kurang ajar betol.cuba orang lain lastik kau, apa kau rasa?

2) rambut stylo? haha mesti warna hijau, tak pun oren. haha ala nanti kau tua jugak. ntah2 lagi hodoh. bangga sangat la kan masa muda ni.

3) dia ghairah nak saman sebab korang stim nak buat kesalahan. tak reti2 nak buat benda elok.

4) bagi salam tapi? dia jeles sebab tak boleh masuk u? kalau masuk u tu hebat sangat ka? dah cukup ilmu ke nak hina2 orang? ilmu dah penuh kat dada?



sampai macam tu sekali pelajar2 hina pak guard. Ya Allah, sedih sangat2 aku rasa. pak guard pun manusia macam kita. semua ni manusia, makhluk Allah, apa hak korang nak tumbuk pak guard? maki hamun? hina2?

sekarang apa yang aku fikir dan nak semua2 orang dalam dunia ni fikir:

1) pak guard tu manusia. ingat ni, MANUSIAAAA! bukan binatang yang boleh kita hentak2, jatuhkan maruah dia, maki hamun, hina2.. diorang jugak makhluk Allah, seagama dengan kita, sebangsa,

2) pak guard menjalankan tugas! tugas dia mengawal keselamatan bukan membiarkan keadaan sekeliling tidak terkawal. dah pihak atasan bagi syarat macam tu, contoh: balik ke kolej sebelum pukul 10 malam, kalau lebih, saman. dia saman la sapa yang langgar peraturan. betol tak? yang kita ni pun jangan la dok langgar2 peraturan, ingat, peraturan u ni bukan pak guard yang cipta. ingat tu. diorang hanya menjalankan tugasss!!

3) pak guard tu bapak orang, mak guard mak orang. kejap, bayangkan apa perasaan korang kalau bapak korang keja guard, lepas tu kena maki2, mesti korang akan cakap, 'kau sapa nak maki2 bapak aku dowh??!!' haa. macam tu jugak orang lain. ingat, diorang ada anak.

4) diorang cari rezeki dengan cara yang halal. bukan mencuri, merompak. bukan. gaji tak la sebanyak mana pun, cukup la sekadar nak sara keluarga diorang. asalkan dari sumber yang halal.kalau diorang nak cepat kaya, diorang tak la keje jadi guard tu, keje merompak je la. itu pintu rezeki diorang. kita yang belajar sampai u ni, ambik sijil, diploma, ijazah, master, phd. jangan la berlagak sangat yeee. sekelip mata Allah boleh tarik segala kenikmatan tu. sekelip mata je.

5) diorang pun ada hati dan perasaan. sama macam mak ayah kita. berdosa kan kita sakitkan hati mak kita, ayah kita.. begitu jugak mereka. berdosa beb. kalau sekali guard tu dah terasa hati dan tak maafkan, memang kau takkan aman sampai bila2,



aku tak kata la semua guard dalam ni 100% perfect. tak la kan. mesti ada yang tak jujur, tak amanah, tapi bukan semua okay. ingat, bukan semua..

aku tak paham, diorang saman sebab kita buat salah! dah kau balik lambat, dah kau rambut panjang, dah kau pakai ketat-ketat, dah kau tak bawak kad matrik, dah kau merokok, dah kau langgar peraturan, saman tetap saman. ada jugak pelajar yang kata, aku takkan halalkan duit yang pak guard saman tu, Masya Allah. lain la kalau dia benar2 tak salah. dan guard jugak bukan bodoh nak saman orang tak tentu pasal!!

orang akan cakap, biarlah aku nak pakai apa saja, bukan guna duit kau!! angkuhnya. semoga allah lembutkan hati dia. itu saja. ingat la kawan2,nikmat yang Allah berikan kepada kita hanya sementara. kalau kita bongkak, takbur, bangga dengan gaji pak guard, kita guna hanya untuk beli handphone baru atau pergi dating kat genting, nescaya Allah akan tarik balik semuanya tu tanpa kita rasa sedar. semuanya kuasa Allah.

apa salahnya kalau kita lemparkan senyuman manis pada guard? apa salahnya? sekurang2nya terubat la penat diorang. betol tak? apa salahnya? tak susah kan? lelaki ensem dengan perempuan cun korang boleh pulak tersengih2 sampai ke telinga, ni pak guard takkan tak boleh?

berubah la kawan2 yang suka hina2 pak guard, sedar la diri tu tak la sempurna mana pun. sedarlah yang kamu setaraf dengan pak guard bila sembahyang jemaah kat masjid, kubur dalam tanah jugak. sedar la. jangan kamu fikir, kubur korang diperbuat daripada emas, dan besi. dan jangan kamu ingat, kamu hebat, kamu sembahyang depan sekali, yang belakang2 semuanya orang yang hina.

7 sem aku belajar kat msi, aku tak penah kena saman. sebab aku tak buat salah. syarat, balik kolej sebelum pukul 9, aku balik sebelum pukul 9. bukan susah pun nak ikut peraturan. ni kadang2 lewat sejam. lepas tu kena saman dan senang2 je korang kata tak nak halalkan duit tu, ewah-ewah.

sedar la diri. kalau korang tak buat salah, takkan nya nak jadi semua ini. takkannya guard nak saman. takkannya. jangan kamu buat taik, kamu tuduh orang sekeliling dan tak mengaku kesalahan.

cakap la elok2, dengan budi bahasa. jangan ingat kalau kita ni tinggi ilmu di dada, bangga dengan pangkat yang ada, tapi kalau tak dak budi bahasa, sampai mati orang tak kan hargai kita. tak ubah seperti sampah. lebih hina dari orang yang korang hina selama ni. ingat la setinggi mana pun gaji korang nanti, pangkat korang ni, tolonglah, jangan hina pak guard!! mereka sama macam kita, semua manusia akan mati. semua manusia allah yang jadikan.

setakat ni saja. boleh luahkan perasaan anda kat sini, kat kotak komen, boleh saja. nak bangkang je, nak sokong ke, silakan. tapi guna la ayat yang berbudi bahasa. kalau nak maki aku balik, pastikan letak nama dan link blog ya? jangan jadi pengecut. sekian terima kasih :)

assalamualaikum :)


tarikh tutup: 9/6/2011

tag

faiq roslan
shaizhar
nana kimie

jom ler join!!

klik SINI untuk join!!

3 comments:

Azreen Farhani binti Azman said...

hai . thanx join eh .


btw , kes kutuk pakguard ni mmg femes pon . hahaa


all the best :)

Azreen Farhani binti Azman said...

anda adalah salah seorang pemenang contest entry paling kencang ...

http://sekencangangin.blogspot.com/2011/06/kencang-keputusan-contest-entry-paling.html

Azreen Farhani binti Azman said...

anda adalah salah seorang pemenang contest entry paling kencang ...

http://sekencangangin.blogspot.com/2011/06/kencang-keputusan-contest-entry-paling.html