Sunday, May 8, 2011

CONTEST SAYA SAYANG DIA

salam..

jom join contest ni!
banner contest

aku sayang dia sgt2,. cinta dia sgt2~ kenapa? terlalu banyak kenangan manis antara kami. terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan. dan aku sgt2 menghargainyaa~ sangat2. aku tak nak langsung berpisah dengan dia. nak kawin cepat2,. yeay! *abaikan kegatalan itu*


antara kenangan yang tak mungkin aku lupa dan sebab2 yang buat aku bertambah sayang kat dia :P :

1. dia sangat2 ambil berat. kitorang tak pernah la satu hari xmsj. mst msj. kadang2 call. selalu dia tanya dah makan ke, buat apa, dan macam2 topik kami bercerita. kalau aku nak ada test ke esok, ada exam ke, ada apa2 yang penting ke esok, dia mesti akan ingatkan. tak pernah lupa. suruh study. lupakan laptop seketika. wuu~ yang paling terharu, masa final exam, dia mesti akan kol pagi2 waktu subuh utk bangun dan study. wajib. tak pernah lupa. cuma kadang2 ja dia terlewat. sedangkan dia xde exam pun hari tu.~ wuuu...

2. dia ambil berat tentang kesihatan aku. masa tu aku demam. dia bawak aku pergi klinik. masa tu tengahari. aku rasa tak sihat sangat. nak rebah ja. kebetulan klinik tu waktu rehat. so, kitorang singgah kedai runcit. dia belikan panadol. aku simpan dalam poket. pastu dia suruh makan depan dia..uwaaa~ bayangkan aku dah la penakut ubat.. wuuu.. dia beli air mineral. macam mana pun aku mesti makan. haha aku rasa cam nak nangis ja time tu..weeee.. tapi makan jugak. masa naik moto, dia pegang ja tangan aku. aku nampak sgt2 dia risau dengan aku. nampak sgt keikhlasan hati dia amik berat kat aku. terharu sgt2~ dan ptg tu jugak dia bawak aku pegi klinik, dan amik ubat.pastu singgah kat nasi kandar hussien. tanya dia, aku merajuk dgn dia sbb dia tak nak belikan teh o ais limau utk aku, dia nak beli air suam ja.haha xnak2, dia belikan jugak. pastu air suam. apa2 pn aku kena makan ubat kat depan dia jugak..agagaga lawak2. dah la besar2 ubat tu.. adesss.. tapi alhamdulillah, dua hari lepas tu aku dah sihat.

3. masa dia pegi sabah, dia tak penah lupakan aku. dia selalu msj. bila dia bz ja dia xmsj, balik tu, dia belikan aku gelang, teddy bear.. best2~ heee suka sgt2. hihi~

4. aku bawak dia balik kampung umah tok aku. weeee.. masa tu cuti mid sem. senang betol dia cari kampung aku., adess.. bagi petunjuk jalan sikit ja. hehe yang ada kat kampung, cuma tok dan mak long aku. pagi tu, kitorang sarapan nasi lauk ayam. aku suap dia makan. haha masa tu tok dan maklong xde kat sebelah kitorang. kitorang kongsi satu bungkus nasi tu. petang tu, dia bawak aku jalan2 kat tepi pantai. kat kampung aku. best sangat. hakhak~ dia belanja aku makan rojak.. weeee...

5. dia bawak aku pergi umah tok wan dia kali pertama. waa, tak payah cakap la, aku punyalah tersipu2 malu. haha tersengih2 je. heee. tok, tok wan dan makcik dia baik sangat. aku makan tengahari kat sana. hehe ingat lagi tok wan dia mengusik, masa tu aku salam tok wan dia, dia cakap sihat x? aku cakap sihat ja. dia pegang lengan aku, dia kata, memang sihat sungguh. hakhakhak~ lawak2. heeeee.. yang paling2 best, kitorang solat zohor sama2. :)

6. kali kedua, dia ajak pergi umah tok wan dia lagi. aku pun pergi la. lagipun adik dia ada. mak aii, ramainya. heee~ masa tu semua adik beradik dia ada. mama, abah, adik, bf adik, tok, tok wan, makcik2, pakcik, dan sepupu2. hee. kitorang makan laksa, makan puding, makan aiskrim. best sangat. family dia happening sangat. sangat berdebar bila time makan, mama dia dok sebelah aku. hehe adik dia pun ok~ hee..

7. faiq ni pandai buat lawak. dia kelakar. serius, aku happy sangat2 kalau keluar dengan dia. haha ada ja yang nak buat lawak. ingat lagi aku tersembur time makan laksa kat tasik, sebab dia buat lawak.. lawak tu ada dalam filem *semerah cinta stilleto*. adess. lupa seketika perkataan tu. hahhaha sampai merajuk2 xnak makan selagi xberhenti gelak. agagaga~

8. dia selalu bagi aku hadiah macam2, gelang ada dua. teddy bear 3 dan macam2 la~ hee aku penah hadiah kan dia coklat dengan keychain! heee.

9. keluarga dia pun pernah hadiahkan sesuatu kat aku. mama dia kasi buku macam diary, besar dan cantik, pastu kasi kerongsang. nenek dia kasi gelang. makcik dia kasi beg duit kecik dengan keychain yang lekat kat peti ais tu. heee. best sangat kan. belum lagi termasuk makanan2 yang diorang kasi :)

10. kalau pergi giant, kitorang akan lakukan 3 aktiviti wajib. haha tengok wayang, karaoke dan main game.. weeee~ kadang2 tengok wayang yang sama berkali2. haha cite adnan sempit 3x kot kitorang tengok. niyang rapik pun sama 3x, samseng jalanan 2x, evolusi kl drift 2x. haha pastu dia kata pasni tengok wayang dibenarkan sekali jaaa. hahaha.. main game mesti rm10. game kete tu. mesti lawan, selalunya dia menang. aku kalau kalah, mesti majok. xnak cakap. hhaha lawak2, kalau karaoke pulak.. best2~ heee aku boleh karaoke dengan dia je. maklumlah suara xsedap. haha suara faiq sedap beb! cayalah. tambah2 dia nyanyi lagu seiring dan sejalan. haha cair hatikuuuuu..

11. makan nasi kandar!! aktiviti wajib selain menjimatkan! ahahaha orang yang tolong amik lauk tu pun seakan2 kenal kitorang. mana taknya, tu port kitorang. haha dan kalau nak tau, faiq mesti makan nasi pakai sudu. haha aku tak, guna tangan. kadang2 amik nasi tambah.. wakakka~ ceh, langsung tak hipokrit tau~ makan la sebanyak mana pun nak makan. dia kata laa.. hihihi..

12. kitorang kalau pergi pasific, kalau balik, mesti akan tangkap gambar kat jejantas tu. haha kitorang naik jejantas tu sebab nak tggu bas kat bus stop seberang jalan. sementara bas datang. mesti tangkap gambar dulu.. heeee best2~ banyak kan gambar kitorang kat jejantas? heee sila rujuk kat facebook aku yaa~ hee. :P

13. nak tau kisah first date? boleh baca kat sini.. KISAH FIRST DATE!. nak baca kisah aku nangis sebab dia dulu, masa tu blum kapel, sebab masa tu jeles bila ada pmpuan nak rapat2 dgn dia. haha aku tulis kat blog.. klik sini.. BEGINILAH. dan kisah yang aku tulis, kias2 mengatakan dia, tapi ramai xtau, aku namakan dia someone masa tu, hehe baca ni.. SOMEONE. *opss, kan dah kantoi*

14. dia matang. aku xmatang. aku akui. dia berfikiran panjang. dia selalu berfikir panjang kalau nak buat apa2 keputusan. maklumlah, aku ni. kalau tension sgt2, suka buat perkara2 yang boleh mendatangkan kesan. haha. tapi aku tgk dia selalu ajar aku jadi matang. dia nak aku jadi matang macam dia. fikir apa2 dlu sebelum buat keputusan. dan nasihat dia, JANGAN BUAT APA2 KEPUTUSAN MASA TENGAH TENSION. :)

15. dia selalu menasihatkan aku. aku selalu mengadu dia macam2. aku anggap dia mak kedua aku kat kulim. yela, mama aku kan jauh~ wuuu. dan dia selalu bagi nasihat yang elok2. kalau masa tu aku tengah bengang or geram sangat dgn seseorang *contoh*, dia selalu suruh sabar. diamkan diri. dia tak penah kata, apa lagi pukul ja budak tu. haha tak penah. dia cakap kita kena fikir kalau kita buat ni, ada kesan x nanti. heee~ alhamdulillah, dia banyak mengawal sikap tak sabar aku ni haaa. sampai aku boleh jadi setabah ni. berlori2 kena fitnah tapi still cool.

16. dia tak pernah membuang keluarga aku. dia tak penah suruh aku buang keluarga aku. tak penah, dia selalu cakap, lebihkan family dari dia. dulu2 aku ada ex, ex aku dah cakap, kalau kita kawin, awk duduk umah mak saya. jangan duk umah mak awkk.. adesss. belum kwin, dah cakap macam tu. bagi aku, aku sangat2 pentingkan mama dan abah aku. yela, aku ni anak tunggal dalam keluarga ni. tak kan aku nak buang diorang semata2 nak gilakan lelaki kan? tapi faiq tak macam tu. dan aku terima keluarga dia jugak. semuanya. nak kawin dengan dia, mesti la kita kena terima keluarga. yang penting, dia datang dari keluarga yang baik2, tak porak peranda dan sangat2 happening!

17. yang paling seronok, restu mama aku laaa~ hee. tu yang paling syok. yela, aku ni dari kecik2 apa saja mesti akan cite kat mama aku. aku xpenah lagi nak tipu2. apa pun mama aku penting dan mama aku mesti tau. so dia dah tau semuanya la pasal ex2 aku yang dlu. sorang pisau cukup cap gilette, sorang tak suka dan tak terima mama, sorang gila sex, sorang nak permainkan, sorang playboy. macam2. huhu. aku tinggalkan semua demi mama aku. apa2 pun mama aku paling penting dalam hidup aku.. heee dia selalu marah aku kalau aku gado dengan faiq..uwaaa. dia kata aku degil, faiq tu dah cukup baik dah.. hehee biasalah degil..ngeh2. mama aku kata*hang nak cari laki macam mana lagi? nak cari yang suka kikis duit ka? nak ka orang yang awal2 lagi nak buang mama dgn abah*. hee baik mama. paham2. hee mama aku bahagia bila tengok aku bahagia. dah tak nangis2 macam dulu.. heeee..

18. yang paling2 aku kagum, abah aku! wachaaa!! first time abah aku suka pilihan aku.. hahaha dulu2 abah aku garang wooo~ bukan dia xbagi aku kawan dengan lelaki. dia serik. sebab sekali tu dia tengok aku nangis gila2 masa gado dengan ex, dia takot. sebab tu dia tak bagi bercinta.abah dan mama aku dah jumpa faiq dah. siap makan malam sama2 kat nasi kandar. haha. tak leh bayangkan muka faiq masa tu. tau pun ketaq. agagaga~ apa2 pun abah aku layan elok.. dia tak penah bising la tak bagi aku kawan. waa. aku suka! masa kitorang nak keluar pegi penang, dia siap suruh faiq datang umah amik aku.. hihihi. sebab dia tgk aku happy ja. tak sedih2 pun. abah aku kan ada facebook. dia ramai la kawan2 dok add. dia bagitau aku. *aritu kawan abah ada tanya, man, hang nak dapat menantu dah ka?* hehehe dia gelak2. adess. aku takot sebenarnya kalau abah aku halang aku kawan dengan faiq. tapi alhamdulillah.. mama kata, ingat, jangan musnahkan kepercayaan abah. jangan buat benda tak elok yang memalukan keluarga.. weee

19. faiq terima aku seadanya. dia tak penah komplen kat aku. suruh diet ka, makeup cantik2 ka. haha tak penah. dia kata dia terima aku seadanya. tu yang besstt~ tiada yang indah selain itu kan.. hihi bagi aku, rupa parasa tak penting, senang cakap la.. *kalau muka ensem, muka cantik. ati busuk tak guna jugak*.. kan3?

20. melindungi aku di mana jua.dulu aku penah hampir diragut masa naik moto nak balik ke asrama. tapi nasib baik la handbag aku tersangkut kat lengan. aku trauma sangat2~ nangis2 kat situ jugak. dia pujuk aku. tenangkan aku. sejak tu aku keluar dgn dia tak bawak handbag. haha trauma punya pasal kan. semua sumbat dalam poket ja..kui3

21. dia sangat pandai pujuk aku. hahahha~ orang lain xde yang pandai pujuk aku macam dia pujuk aku. hihihihi hanya dia dan mama aku ja boleh pujuk aku hingga mencairkan hati ku..weee

22. dan aku percaya, hanya faiq boleh jaga aku dengan elok satu hari nanti. dia boleh bimbing aku, jaga aku. dia boleh merubah diri aku menjadi lebih baik~ xde lelaki lain lagi yang boleh setanding dia. hanya dia. aku sayang dia sgt2. dan aku bersyukur sangat2..


aku sayang dia sgt2,. cinta dia sgt2~ kenapa? terlalu banyak kenangan manis antara kami. terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan. dan aku sgt2 menghargainyaa~ sangat2. aku tak nak langsung berpisah dengan dia. nak kawin cepat2,. yeay! *abaikan kegatalan itu*



kenangan makan di rumah beliau :P

alhamdulillah hubungan kami dah setahun 6 bulan. syukur sangat2. doakan kami ya :)


tag

faiq roslan

ana mardia

fatyhah

tarikh tutup: 6/6/2011

klik SINI untuk join!

No comments: