Sunday, March 13, 2011

GIFT TO GIVE : MASUK HOSPITAL???

salam

gift to give : masuk hospital??


banner contest

ceritakan pengalaman sendiri semasa menjadi pesakit atau menjaga sedara-mara di hospital.


aku tak pernah masuk hospital kerana sakit atau accident atau apa saja. last aku dirawat di hospital pada 14 julai 1989 iaitu masa aku dilahirkan. hihi. sampai sekarang. umur aku dah 22 tahun. aku tak pernah lagi dimasukkan ke hospital. pergi ke hospital selalu la. hee..

aku ingat lagi, masa aku sem4, belajar kat unikl, aku ada adik angkat. kitorang memang rapat. dia muda beberapa tahun dari aku. satu malam tu, aku dapat panggilan telefon dalam pukul 12 tengah malam, dari kawan adik angkat aku tuu. kawan dia cakap, anim (nama adik angkat), dimasukkan ke hospital. dia nak aku teman anim sebab kawan2 dia semua kena pergi kem. anim pengsan kat kem tu dan dimasukkan ke hospital kulim. diorang kata, lagi beberapa minit salah seorang lecturer akan datang amik aku kat asrama. aku kelam kabut siap pakai tudung, tukar seluar, tukar baju, sempat capai beg, amik sehelai baju spare, lepas tu terus keluar.

sampai ke kat hospital, aku tengok anim dah dimasukkan ke dalam wad. katil dia berada di tengah2 laluan sebab semua tempat penuh. so kena letak tengah2 laluan tuu. aku teman dia malam tu. mula2 tu aku asyik berdiri je kat katil tuu, tak de kerusi. punyala lenguh. sampai pukul 1.30 pagi, aku terus duduk atas lantai, bersila. hehe aku bersila depan pintu ke arah toilet. itu je ruang yang ada walaupun kena selalu bangun sebab menghalang laluan pesakit nak ke toilet. tetiba ada nurse tu tegur, 'kotor la dik dok kat situ'. aku balas ' tak de kerusi. lenguh nak berdiri'. tak sampai beberapa minit, dia datang bawak kerusi kat aku. lega!!

walaupun ada kerusi, aku tak boleh tido sebab ada je pesakit yang tegur mintak beri laluan untuk ke toilet. huhu takkan aku tak nak bagi pulak kan? aku blur2 sikit time tu sebab 1st time teman orang kat hospital. doktor datang dan check anim. anim kata aku ni kakak dia, datang teman. aku senyum je la. hehe. dan akhirnya dia tertido. aku termenung je sorang2. kejap2 pergi toilet. depan belakang aku penuh dengan pesakit dan orang yang teman..

ada pesakit tu, dia muda lagi. umur 16 tahun. tapi dia dimasukkan ke hospital sebab ada penyakit kencing manis yang kuat. mak dia la yang teman, mak dia jugak la yang teman aku borak2 malam tuuu. yang tu je yang muda, yang lain2 semua pesakit dah sakit tua. sedih ja aku tengok.. nak bangun pun susah, nasib baik ada anak2 dan menantu yang tolong diorang.. aku nampak ada sorang ni tolong basuh berak mak dia rasanya. lepas tu nampak ada yang pimpin mak ke toilet. ada yang tegur aku, yang senyum, aku nak tido pun tak jadi nak tido. huhu..

borak punya borak dengan makcik tu, rupanya dah pukul 6 pagi. ada makcik tu dia kasi kain batik kat aku, untuk buat jadi tuala, untuk mandi. malang sungguh sebab aku cuma bawak sehelai baju, tak bawak bedak ke sikat ke, tuala ke, adesss. aku pun tak la prepare semua benda tuu. huhu asalkan ada kain batik tu cukup la. lepas tu ikut makcik tu pergi solat subuh dan pergi makan kat kantin.

pukul 8 tu kena dok kat luar wad sebab doktor dan nurse datang nak check pesakit2. so semua orang yang bukan pesakit kena tunggu kat luar. masa tu la, aku mula tersengguk-sengguk sebab terlalu mengantuk. lepas sejam, aku masuk teman anim. anim kata dia dah bagitau mak dia.. tak lama lagi mak dia akan sampai. dia kata dia bosan sangat dok kat hospital ni. hehe macam2 kerenah dan lega sebab aku teman dia. dia taknak dok sorang2 dalam tuu..wuu. keluarga dia pun sampai. ramai pulak tuuuu. aku jadi malu2 sangat la kan. tengahari tu, keluarga dia bawak aku pergi makan tengahari. diorang belanja.

anim mintak sangat aku jangan balik tapi aku dah mengantuk sangat dah. walaupun keluarga dia dah sampai dia nak aku yang teman dia jugak. huhu adess. yang paling aku terharu, mak dia la. mak dia ucap banyak2 terima kasih kat aku sebab aku sanggup teman anak dia. susah nak jumpa orang yang bukan sedara sendiri yang sanggup teman. huhu sedih ja masa tuu.. mak dia siap hulurkan duit tapi aku tolak. aku cakap aku jaga dia dengan ikhlas dan aku tak rasa dia menyusahkan aku punn.. dan dia offer nak antar aku balik, aku kata tak ape, aku boleh balik sendiri naik teksi. tak jauh pun hospital dengan asrama aku. huhu.. dia terharu sangat..

aku tak rasa langsung benda ni macam satu beban untuk aku. tak tau kenapa. dia sakit, aku tolong. mana tau bila aku sakit nanti, ada orang tolong kan. tapi aku tak pernah harapkan balasan apa2 pun. cukupla satu pengalaman aku jaga orang yang sakit. huhu paling aku tak sanggup bila tengok pesakit2 kena cucuk. lepas tu kepit apa ntah, untuk check apa ntah. lupa dah aku. hehehe dan aku terharu bila anim kata kat doktor tu, aku ni kakak dia :)

aku balik asrama dalam pukul 2 petang. terus aku pengsan atas katil sampai tengah malam pada hari tuu.. hehe..



tarikh tutup: 31/3/2011

klik SINI untuk join!!

8 comments:

lavender harum wangi said...

wowowowowowo~ aku belum ada pengalaman lagi jaga org sakit ni.. kalau melawat tu penah la jugak.. hehe :D

platipus said...

mulia nya hati kau

Unknown said...

baiknye fatin....huhuhu..nanti lau sakit-sakit,ley ajak datang teman...heheh..free la eh...

Faiq Roslan said...

wahh~ b masuk hospital dulu awat x mai jaga? aum!

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

hospital rumah kedua ak tym kecik2 dlu..hrmmm~

►içéq◄ said...

penah tido kt katil hospital 3jam je, sbb isi air kena demam panas dlu.. ehehe~

nur said...

takut nak g..
nurhafiz2009@yahoo.com
JEMPUT JOIN GA HINGGA 16 MAC:ALL IN ONE

Dr. Rodzila Rodi said...

wahh..tahniah sebab menjadi peneman..
memang tak rasa beban..sebab itu satu kemuliaan

lepas ni, kalau patient takde kawan..leh la panggil awak ek..hehe..gurau je!