Saturday, February 12, 2011

CONTEST KAKI SEGALA KAKI

salam

contest dari amiey :P



pasal KAKIBLOGGER.

aku kenal amiey, ika (lavender harum wangi) dan nina cadbury dari KAKIBLOGGER. sejak2 aku join KAKIBLOGGER ni, mashitah yang masukkan aku dalam grup tu sebenarnya. mula-mula memang aku blur sangat. langsung tak kenal sapa2, maklumlah aku jarang join grup2 macam ni. :P

tapi setelah lama berada dalam grup tu, wah jadi happy pulak! dah lama aku rasa happy masuk grup ni. grup KAKIBLOGGER sama macam grup 1989 yang aku join dulu. bayangkan aku masuk grup 1989 tanpa paksaan, chat dengan diorang, kenal diorang lepas tu ada gathering dan aku join dan alhamdulillah, sekarang dah beberapa tahun kitorang bersama, kitorang jadi rapat dan rapat. dua BFF aku dari grup 1989. BF aku juga aku kenal dari grup 1989 dan aku hargai mereka bila jadi kawan aku. grup 1989 tu kat friendster tu. masa tu tak de lagi facebook.

dan aku rasa dengan aku join KAKIBLOGGER, aku harap aku boleh cari kawan macam tu kat situ. percayalah, persahabatan yang kukuh boleh terjalin walau di alam maya kalau kita ikhlas hati nak berkawan dengan mereka. tidak ada yang membezakan kawan di realiti atau alam maya. semua sama. mereka kawan suka duka kita. percayalah..

dan amiey, ika dan nina, terima kasih sebab jadi kawan aku :) walaupun ada yang muda-muda dari aku, aku tak kisah pun. hehe dan aku tak kisah kalau kita bersama2 bahasakan diri *aku kau*, aku tak kisah langsung kalau kita sama2 berkongsi cerita, pendapat atau apa saja. memberi sokongan kepada ahli blogger yang lain.. dengan adanya KAKI BLOGGER, kita dah jadi kawan kat facebook dan twitter kan? dan blog jugak :)

cuma aku rasa tak perlu ada sikap dengki dalam perhubungan. aku tau bila satu grup ditubuhkan, pasti ada dalang yang ingin memecah belahkan. yang penting kita sama2 usaha banteras semua tu. dan bila hari2 aku tengok page KAKIBLOGGER, aku seronok lihat komunikasi yang sangat hebat dan ceria antara korang! tahniah. ini semua mengingatkan aku pada zaman kegemilangan grup 1989 di friendster dulu. grup dulu dan grup yang ni tak pernah sunyi!!!

so kepada kawan2 yang belum join, sila join KAKIBLOGGER. join grup ni tanpa mengira jantina, umur, pangkat atau apa saja, dialu-alukan kepada blogger baru untuk mengembangkan bakat di dalam dunia berblogging ni. mintak pendapat dengan ahli-ahli KAKIBLOGGER, Insyallah, setakat ni aku tak penah la tengok antara admin KAKIBLOGGER yang sombong! belum ada lagi terutama chuck!!

join la, pasti korang takkan rasa menyesal!! ;D aku tak penah matikan notification untuk grup ni okay. biarlah beribu riban emel tapi aku tak kisah. :)


KakiBLOGGER

klik banner tu untuk ke fanpage KAKI BLOGGER ;D

sebenarnya ni contest. tapi aku buat post ni disamping masuk contest sebab aku nak luahkan perasaan aku pasal kakiblogger ni :)

tarikh tutup: 16/2/2011

klik SINI untuk join contest ni


psst. sory korang, aku tak dapat join lagi zine korang, insyallah lepas ni aku join. :) dan aku akan join contest design baju tu, tengah fikir nak design macam mana. hehe

1 comment:

Amiey White said...

alolo so sweet :")

eh , letak lah topup nnty =.=" senang nak pilih