Salam
Contest dari Mohd Fitri
banner contest.
Seperti yang semua orang tahu, kitar semula adalah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Antara bahan yang boleh dikitar semula adalah kaca, plastik, logam, plastik, tekstil dan elektronik.
Percayalah dengan kitar semulanya bahan buangan, anda dapat menyelamatkan alam sekitar daripada terus tercemar.. Tahukah anda, dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam untuk televisyen. Tahukah anda, 18000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja. Tahukah anda,jika kertas dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4360 tan sampah sehari yang bersamaan 78000 batang pokok!!
Kat Malaysia ni, banyak sangat dah tong kitar semula telah disediakan. Boleh lihat merata-rata tempat. Terpulang pada kita untuk menggunakan ataupun hanya melihat saja.
Lihat saja kalernya. hehe ceria kan? Setiap tong membezakan bahan yang boleh kitar semula!
Kepentingan kitar semula:
1) Kitar semula untuk memelihara hidup kita.
- Setakat ini saja, terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap tapak pelupusan berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar. Bayangkan kalau sampah yang sudah lama dibuang tidak dapat dilupuskan sepenuhnya lagi, tetapi setiap hari jumlah pembuangan sampah makin bertambah, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular di ruang hidup kita. Kita nak tinggal kat mana nanti??
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih.
- Ingatlah, sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia. Jika setiap hari dibiarkan bersepah ia boleh menyebabkan kesihatan masyarakat terjejas dan terjadinya pencemaran alam sekitar. Malahan, pelbagai penyakit boleh berjangkit. Amalan kitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar dan menjamin kesihatan masyarakat.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran.
- Longgokan bahan buangan dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca terjadinya pencemaran udara, air dan bau. Dengan mengamalkan amalan kitar semula ini, Insyallah kita akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga.
- Contohnya jika anda mengitar semula 1 botol kaca, seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam!! Selebihnya tadi, aku dah bagi penerangan di pendahuluan tadi, seperti tin aluminium dan kertas.
TAPI KALAU ANDA TIDAK MAHU MENGAMALKAN KITAR SEMULA INI, APA AKAN JADI???
Mahukah anda melihat anak cucu anda hidup sebegini di zaman akan datang??
Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal ^__^
tarikh tutup:
15/2/2011
klik SINI untuk join :)
1 comment:
terima kasih kerana turut serta. semoga berjaya =)
Post a Comment