aku dan mira edora
mira edora. nama itu menerjah kembali. secara tiba-tiba air mata aku menitis. aku mengesat air mata. aku bangun dari katil dan lekas mencapai tuala. tiba-tiba aku terpandang teddy bear di sudut katilku. aku terpaku. aku kembali ke katil dan capai teddy bear tersebut. aku peluk dan menangis..
*************************************
19 januari 1996..
lahir seorang insan yang diberi nama nur amira binti ismail. ibu bapa aku adalah insan yang paling gembira. begitu juga aku. kami menjaga mira bagai menatang minyak yang penuh. ketika itu aku baru berumur 10 tahun. kehadiran mira dalam hidup kami mengembalikan senyuman di wajah ibu aku kerana dua tahun lepas abang meninggal dunia dalam kemalangan. sejak itu, ibu langsung tidak mahu menjamah makanan dan sering bersendirian. puas kami memujuk ibu, setelah beberapa bulan, ibu sudah kembali normal. kesedihan masih terguris di wajahnya. ibu rasa terubat rindu apabila disahkan hamil lagi..
20 april 2006..
aku dan mira terlalu rapat. kami sering bersama walau ke mana jua. dia suka membaca buku dan gemar melukis. mira selalu melukis wajah aku dan ibu serta bapaku. dibiliknya penuh ditampal gambar2 yang beliau lukis sendiri. aku yang memberi nama beliau mira edora, kerana mira sering berangan2 untuk menjadi seorang puteri. dia gembira dengan nama mira edora dan di mana2 saja, dia mesti akan tulis nama mira edora..tiba-tiba, ketika aku sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah, mira tetiba pengsan. ketika itu dia sedang berlari-lari mengejar seekor rama-rama yang sedang terbang di halaman rumah aku. aku kaget. terus memanggil ibu bapa aku. ayah lantas membawa dia ke hospital..
22 april 2006..
ibu rebah. ayah terduduk. aku menangis. khabar sedih yang kami baru terima pada pagi ini membuatkan fikiran kami buntu. mira disahkan menghidapi penyakit luekimia. ya allah, semoga Kau memberi keluarga ku ketenangan.. kami melawat mira di biliknya di hospital. dia tersenyum pahit. duka tergambar di wajahnya. mungkin selama ini dia sudah tau akan penyakitnya. tetapi dia tak pernah menunjukkan kesakitan itu..
1 jun 2006..
doktor kata, penyakit mira sudah di tahap kritikal. pelbagai cara telah digunakan. doktor menasihatkan ayah supaya membawa mira pulang. hanya Allah yang mampu mengubati penyakitnya. doktor kata, hanya berserah padaNya.. mira pulang ke rumah. sejak itu ibu, ayah dan aku memberi tumpuan sepenuhnya kepada mira. yang paling aku rasa sayu, mira sentiasa gembira, tidak menunjukkan langsung kesedihan dan kesakitan yang dialami. mira pendam semua itu...
17 jun 2006..
hari ini hari lahir aku. ayah telah membawa pulang sebiji kek di rumah. aku tidak mengharapkan apa2 melainkan kegembiraan dalam keluarga aku. mira menghadiahkan aku teddy bear. rupanya beberapa bulan yang lalu, mira telah kumpul duit sekolahnya sedikit demi sedikit untuk membeli teddy bear itu kepada aku. aku rasa pilu sangat setelah ibu memberitahu aku. sengaja ibu rahsiakan pada aku.. di teddy bear itu terletak satu kad, yang tertulis..
'kak, mira sayang kakak sangat2. jaga teddy bear ini macam kakak sayang mira..'
air mata aku menitis. aku terlalu sayangkan mira. hubungan kami sangat rapat. tak pernah sehari pun aku berjauhan dari mira. ketika mira di hospital, setiap hari aku akan datang menjenguknya.. teddy bear itu aku letakkan di sudut katil dan memeluknya ketika tidor..
19 julai 2006..
'kakak! balik sekarang! mira pengsan, ayah dah bawak dia ke hospital. ibu tunggu kakak kat rumah ni.' panggilan ibu kepadaku membuatkan darah di otakku rasa beku. Ya Allah, selamatkanlah mira, bisik hatiku..
sesampainya di hospital, ibu memberitahu mira telah ditahan di wad ICU. keadaannya teramat lemah. aku risau. aku berdoa. menitis air mata aku. ibu menangis teresak-esak dari tadi. aku memeluk ibu. aku lihat ayah, sayu di wajahnya. betapa sayangnya ayah pada mira..
daripada Dia kita datang, kepada Dialah jua kita pergi. Mira telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5 petang. ibu terus rebah. aku tidak dapat menahan sebak. inalillahiwaillahirajiun... mira, kakak sayang mira.. :(
jenazah mira telah dikebumikan pada pukul 9 malam.. tiada lagi air mata kelihatan di mata ibu, yang ada hanya segaris kedukaan. ayah jugak begitu. aku tau mira jugak tau kami terlalu sayangkan mira, tapi kuasa Allah, tiada sapa dapat menghalang..
************************************************
'laila! tak mandi lagi ke? cepat ar, kang bas terlepas lagi. aihh. aku tunggu ni. cepat2',
' okay, kejap ya..'
aku menghentikan panggilan telefon dari rubi, kawan rapat aku di kolej. kini sudah 4 tahun mira pergi, aku jugak sedang menghadapi final semester di kolej aku untuk mendapatkan segulung ijazah. hanya aku harapan ibu bapaku. abang telah pergi, begitu juga adikku, mira. aku sayang kedua2 tapi sayangnya kedua2 telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. aku berazam mahu pulang membawa kejayaan kepada kedua orang tua aku.. hanya kenangan dan teddy bear yang mira beri padaku membuatkan aku selalu teringatkan mira.
al-fatihah kepada mira..
tamat sudah kisah aku dan mira edora. cerita ini hanyalah rekaan ya, tak de kena mengena dengan hidup mahupun yang telah mati. sekian terima kasih!! hehe
tarikh tutup: 30/6/2011
2 comments:
nice story fatin! :) sedih -.-
tahniah awak..
Post a Comment